Tip-tip Berpakaian Untuk Mereka Yang Rendah & Berbadan Besar
Tip #1 - Elak Jalur Melintang...Yang Tebal
Secara umumnya, semua orang tahu bahawa corak jalur melintang boleh membuat seseorang itu nampak lebih lebar dan rendah. Corak jalur melintang seharusnya dielakkan dalam pemilihan corak pakaian melainkan anda faham dalam memilih corak jalur melintang yang betul dan sesuai dengan tubuh badan anda
Jika anda hendak juga memakai kemeja berjalur melintang,elakkan memilih corak jalur melintang yang tebal. Pilih jalur melintang yang nipis. Kedudukan corak jalur pada kemeja atau polo juga penting. Jangan salah pilih. Nampak lebih besar daripada biasa nanti.
Kemeja bercorak jalur tegak, kotak kecil atau berwarna solid adalah lebih sesuai untuk mereka yang berbadan besar dan rendah.
Tip #2 - Jangan Terlalu 'Skinny' !
Fesyen pakaian 'Skinny' datang dan pergi. Namun kami merasakan anda yang berbadan besar dan rendah sewajarnya mengelak diri untuk mengenakan pakaian-pakaian yang terlalu sendat dan ketat pada badan seperti 'Seluar 'Skinny'.
Ini adalah kerana pakaian-pakaian seperti itu akan menyerlahkan lagi bahagian-bahagian tubuh badan kita (yang sepatutnya disorok) dan tidaklah selesa mana pun pakaian itu. Betul tak?
Sebaliknya pilihlah seluar dengan potongan yang lebih selesa seperti 'Slim' atau 'Slim Straight'.
Tip #3 - Skalakan Aksesori Anda
Anda mempunyai pergelangan yang besar dan lebar? Pakai jam yang lebih besar.
Anda mempunyai leher yang tebal dan bidang yang besar? Pakai tali leher yang lebar dengan simpulan tali leher yang besar.
Pastikan aksesori kita selari dengan saiz badan kita. Barulah bergaya!
Tip #4 - Masukkan Ke Dalam & Lipat
Baju terlalu labuh? Tak sempat nak 'alter' dan pendekkan labuh kemeja? TUCK IN! Masukkan kemeja itu ke dalam seluar! Ikat dengan tali pinggang.
Sama sekiranya lengan kemeja terlebih panjang, ROLL IT atau lipatkan lengan tersebut ke paras yang anda selesa! Barulah kemas.
Ini adalah kerana kemeja yang terlebih labuh, lengan yang terlebih panjang jika tidak dimasukkan ke dalam seluar dan dilipatkan akan menampakkan seseorang itu lebih rendah dan berisi dari biasa.
Sekian sahaja 4 tips berpakaian bagi mereka yang berbadan besar dan rendah daripada kami di Bob Rock LoveLily
Semoga bermanfaat!
Tags: plus size, big size, saiz besar
Leave a comment
This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.